logo

Services

Perkhidmatan membuat video disediakan dengan bayaran mengikut software yang digunakan, dan tidak mengikut kadar “video length” dan “isi kandungan”. Jika berminat, sila email saya di ihsanzull@gmail.com dan perkara-perkara seperti berikut :

1. Tajuk dan “genre“. Genre ialah tema yang diingini seperti romantik, epic (my specialty), korporat, dan lain2.

2. isi-isi yang perlu diletakkan dalam video seperti text (kandungan yang akan diisi ke dalam video), gambar, sound (jika ada) dan lain-lain yang berkaitan. Isi-isi ini perlulah bersesuaian dengan semua peringkat umur.

3. tempoh video yang diingini dalam minit dan saat. Contohnya 1 minit dan 30 saat. kadar maksimum adalah 3 minit.

4. tarikh hantar video tersebut kepada anda, Seelok-eloknya sebulan sebelum tarikh penting anda untuk mengelakkan kebarangkalian.

 

Anda boleh memilih software yang anda ingini untuk digunakan untuk video anda. kadar bayaran (anggaran) adalah seperti berikut;

1. Adobe After Effects CS4 Professional : 1 video = RM150 (satu ratus lima puluh ringgit) sahaja

2. Swishmax 3 : 1 video = RM 75 (tujuh puluh lima ringgit) sahaja.

Anda boleh melihat hasil2 software tersebut di video saya. anda juga boleh menggunakan “template” (gaya animation) yang sedia sebagai video anda dengan kadar bayaran yang jauh lebih murah !

1. Adobe After Effects CS4 Professional : 1 video = RM50 (lima puluh ringgit) sahaja

2. Swishmax 3 : 1 video = RM 25 (dua puluh lima ringgit) sahaja.

 

Cara perniagaan dijalankan :

Reply (maklumbalas secara email) akan diberikan dalam 3 hari. Jika tiada maklum balas dalam masa 3 hari (72 jam), dikira ditolak.

Saya hanya membikin video pada hujung minggu sahaja. setiap “scene” (saat penting) akan diupload di Youtube untuk kepuasan pelanggan. Hasil akhir akan diberikan dengan cara yang sama, iaitu Youtube. Youtube Channel saya ialah ihsanzull.

Video yang telah disiapkan akan diberi dengan 2 cara, “upload” di “link” yang akan diberi (highly recommended) serta tiada cas dikenakan*, dan CD (cakera padat) melalui poslaju dalam tempoh 3 hari**.

 

PERLU DIINGAT BAHAWA :

Kebaikkan:

Saya bertanggungjawab atas kepuasan hati pelanggan, iaitu Anda.

Saya boleh menurunkan harga JIKA SERIUS. Serius anda dengan email kepada saya maklumat penuh perkara yang dikehendaki untuk diisi kedalam video.

Saya amat mementingkan kualiti kerja saya.

Video telah diupload sebelum bayaran. Ini bermakna saya amat mempercayai Anda sebagai pelanggan.

Kekurangan:

Perkhidmatan ini bukan perkhidmatan 24 jam. 

Perkhidmatan ini berdasarkan jika saya ada masa, saya buat.

Perkhdmatan ini juga merupakan perkhidmatan kendiri  dan  bukan syarikat berpengalaman.

Saya (Muhammad Ihsan bin Zulhisam) tidak bertanggungjawab atas maklumat privasi yang diberi kepada saya.

* jika ada masalah internet speed, video yang telah “diupload” di Youtube boleh di “Download” menggunakan Youtube Downloader. Watermark akan dibuang selepas bayaran dibuat.

**Cas tidak akan dikenakan untuk pos CD menggunakan Poslaju. Saya bertanggungjawab atas ketidak sampaian CD ke alamat yang diberi sehingga kali ke dua (2)  penghantaran sahaja. Kali ke tiga (3) tidak akan dihiraukan.

 

 

logo
Powered by Wordpress | Designed by Muhammad Ihsan