logo

Alhamdulillah…

logo

Selalunya perkara ini jarang berlaku dalam hidup sye. Tapi kali ini sye amat bersyukur kerana diberikan kejayaan dalam Peperiksaan Menengah Rendah…huhuhu. Syukur Alhamdulillah, Allah telah memaqbulkan doaku, semoga perkara yang baik akan berlaku setelahnya, seperti doa sye dalam post yang lepas. Niatnya, sye teringin untuk membuat hati ibu bapaku gembira tatkala mendapat result yang bagus, huhu…akhirnya tercapai juga. Namun, sye amat gelisah apabila ditanya oleh ayah :

nak hadiah apa???

Tak tau nk cakap apa….bak kata orang tua-tua “diam seribu bahasa”. Hatiku berbisik….

Jika sye meminta hadiah sekian sekian, maknanya sye nih tidak ikhlas dalam belajar dan mengambil peperiksaan. Jika sye menolak, takut-takut hati kedua ibu bapa pulalah yang terguris, dan hatiku juga kempunan…aduhhh.

Fikir ihsan, FIKIR!!! apa yang harus sye lakukan???
sampai sekarang tiada jawapan yang tepat untuk sye…..
klu ade orang yang nak bagi pendapat, boleh juga….huhuhu

tak pelah….itu perkara kecil je…
ade banyak lagi perkara yang lagi penting. Minggu ini, khamis malam jumaat (rasenya), abah nak buat kenduri kesyukuran + arwah….huhuhu…wat susah abah je… :)
Tahun depan,insyaallah, sye akn mengambil aliran sains tulen, ini pon atas sokongan ibu bapa khususnya, kaum kerabat guru2, rakan2, jiran2, dsb….
tu je kot….dah tak ade citer dah…

2 Responses to “Alhamdulillah…”

  1. papa says:

    Dapat hadiah computer sebiji, hehe

  2. Ihsan says:

    hehe…jazakallah

Leave a Reply

logo
logo
Powered by Wordpress | Designed by Muhammad Ihsan